Belanjawan 2025: Finexus Bersedia Memperkasakan PKSM Pelancongan Menjelang Kempen Melawat Malaysia 2026

article 8nov24 pic 1

Tourism Malaysia mempunyai sasaran untuk menarik 35.6 juta pelawat dan menjana hasil berjumlah RM147.1 bilion bagi Kempen Melawat Malaysia 2026 dengan peruntukan RM400 juta daripada Belanjawan 2025.

Walaupun sasaran ini melebihi rekod tertinggi dalam 10 tahun yang lalu, iaitu sebanyak 27.4 juta pelancong pada 2014, terdapat sebab yang kukuh untuk kekal optimis.

Pada separuh pertama 2024, perbelanjaan setiap pelancong meningkat sebanyak 23.2% berbanding tempoh pra-pandemik 2019, dengan tambahan RM724.85 bagi setiap pelancong dan peningkatan keseluruhan hasil sebanyak RM3.7 bilion. Peningkatan ini menunjukkan peluang perniagaan yang sangat menggalakkan bagi PKSM dalam sektor pelancongan. 

“Walaupun bajet telah diperuntukkan bagi persediaan Kempen Melawat Malaysia 2026, PKSM dalam sektor pelancongan perlu bersiap sedia menjelang hujung tahun ini, kerana berdasarkan data 10 tahun Tourism Malaysia yang lalu, antara 300,000 hingga 600,000 pelancong dijangka tiba pada Disember ini.”  

“Bukan itu sahaja, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi 270 mesyuarat di seluruh negeri tahun depan sempena kepengerusian ASEAN oleh Perdana Menteri. Oleh itu, PKSM dalam sektor pelancongan juga perlu bersedia memanfaatkan peluang pendapatan ini dengan pengukuhan cara penerimaan pembayaran,” kata Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finexus.

Sebagai contoh, peruncit kecil atau penjaja boleh menggunakan Papan Berdiri DuitNow QR untuk menerima pembayaran daripada pelancong dari Singapura, Thailand, Indonesia, China, Korea Selatan, dan Kemboja dengan penggunaan e-Dompet tempatan masing-masing.

Untuk peruncit besar atau pengendali makanan dan minuman (F&B) dengan jumlah pelanggan fizikal yang tinggi, mereka juga boleh mempertimbangkan penggunaan Kotak Bunyi (‘Sound Box’) untuk mengumumkan transaksi yang sudah selesai.

Selain itu, terminal pembayaran juga amat penting untuk menerima pembayaran daripada pelancong dari Australia, Eropah, dan Amerika yang lebih gemar menggunakan kad. PKSM boleh menjangka lebih ramai pelancong dari Australia, United Kingdom (UK), dan Jerman, memandangkan Tourism Malaysia akan memberi tumpuan kepada pasaran ini bagi Kempen Melawat Malaysia 2026.

Berikutan itu, pada tahun 2023, perbelanjaan pelancong didapati tertinggi dalam beli-belah runcit (34%), diikuti oleh penginapan (19%), dan makanan serta minuman (F&B) (15%). Ini menyumbang kepada hasil sektor runcit dan makanan serta minuman (F&B) yang merangkumi hampir satu perempat (23%) daripada jumlah pendapatan keseluruhan sektor perkhidmatan pada suku ke-4 2023.

Bagi PKSM yang menawarkan penginapan atau aktiviti rekreasi untuk pelancong, penerimaan pembayaran e-Dagang dengan kad (Visa, Mastercard, Alipay+, UnionPay) juga penting untuk menarik pelancong yang membuat tempahan awal di laman web.

Khususnya, PKSM di Kuala Lumpur, Pahang, dan Johor perlu lebih bersiap sedia, kerana ketiga-tiga negeri ini mencatatkan tempahan hotel tertinggi dalam separuh pertama 2024. Di samping itu, penyedia penginapan boleh menjangka tempoh penginapan purata selama 6.4 hari bagi pelancong, terutamanya dari China (1.3 juta), Indonesia (1.5 juta), dan Thailand (0.6 juta) pada tahun 2024.  

Bagi pelancong Singapura yang melawat Malaysia, mereka juga boleh menggunakan e-Dompet PayNow mereka untuk memindahkan dana melalui nombor telefon atau Alamat Pembayaran Maya (VPA) kepada e-Dompet keluarga dan rakan-rakan mereka di Malaysia. Kebetulannya, dalam separuh pertama 2024, kebanyakan pelancong didapati berkunjung dari Singapura (4.2 juta), dan diikuti Indonesia (1.7 juta), dan China (1.4 juta).  

“Sebagai pemperolehan berlesen, kami bersedia untuk membolehkan PKSM pelancongan pelbagai saiz menerima pembayaran – sama ada secara dalam talian atau luar talian – dengan menggunakan Papan Berdiri DuitNow QR, Kotak Bunyi (‘Sound Box’), dan Terminal Pembayaran kami seperti ‘EDC’ atau ‘mini Point-of-Sales’ (‘mPOS’),” kata Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finexus, sambil menekankan keupayaan Finexus dalam penerimaan pembayaran DuitNow, Mastercard, Alipay, Alipay+, Visa, dan UnionPay.

“Selain itu, sebagai pengeluar berlesen, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami akan melancarkan pemindahan dana rentas sempadan untuk pelanggan e-Dompet kami, lantas membolehkan pemindahan dana kepada keluarga dan rakan-rakan Singapura mereka dan sebaliknya,” tambah Loh.

PKSM boleh memanfaatkan pelbagai pilihan pembiayaan dan pinjaman yang disediakan oleh Belanjawan 2025 melalui BNM, BSN, TEKUN Nasional, Bank Rakyat Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, dan banyak lagi.

Bagi pembiayaan berkaitan pelancongan, PKSM juga boleh memohon: 

– Tabung Khas Pelancongan (TKP) – Pembiayaan RM200 juta bagi PKS dalam pelancongan untuk memenuhi keperluan modal kerja dan/atau perolehan asset 

– ‘PENJANA Tourism Financing’ (PTF) – Pembiayaan RM200 juta untuk perniagaan dalam sektor pelancongan yang masih terjejas akibat pandemik 

Untuk maklumat lanjut mengenai penerimaan pembayaran untuk PKS dan pengeluaran e-Dompet dan kad prabayar oleh PKSM, layari https://home.finexuscards.com/. 

Bahasa Melayu