Belanjawan 2025: Finexus Yakin e-Invois akan Memacu Reformasi MADANI

article 1nov24 pic 1

Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan bahawa 7,400 syarikat telah melaksanakan sistem e-Invois dengan pengeluaran 58 juta e-Invois setakat 14 Okt, 2024.

Walaupun kumpulan ini hanya mewakili 0.5% daripada 1,532,542 syarikat berdaftar di Malaysia, besar kemungkinannya syarikat terlibat adalah syarikat terbesar negara dengan lebih daripada RM100 juta hasil tahunan setiap satu, disebabkan garis masa pelaksanaan e-Invois yang lebih awal.

“Kumpulan Finexus kekal berdedikasi untuk menyokong Belanjawan 2025 kerajaan MADANI dengan memudahkan pendigitalan kutipan cukai dan pelaporan kewangan melalui pelaksanaan e-Invois untuk 95.5% syarikat yang tinggal.

“Lebih-lebih lagi, dengan penyumbangan MSME sebanyak 96.9% daripada keseluruhan pertubuhan di Malaysia pada tahun 2023, kami juga berharap untuk membolehkan semua syarikat MSME dengan penyelesaian e-Invois AREMA kami bagi memacu reformasi MADANI,” kata Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yakni penekanan e-Invois AREMA yang meliputi perisian tengah, laman web, dan penyelesaian e-Invois POS runcit bagi pelanggan ‘walk-in’.

Selaras dengan ini, Tinjauan Fiskal 2025 melapor hasil cukai sebagai penyumbang utama kepada jumlah hasil pada 2024, diunjurkan pada RM241 bilion atau 74.8% daripada jumlah hasil.

Berikutan itu, hasil cukai turut dijangka kekal sebagai sumber hasil utama pada 2025, mencecah RM259 bilion dan menyumbang 76.3% daripada jumlah hasil, atau 12.4% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Salah satu sebab yang disebut meningkatkan kutipan hasil cukai ialah e-Invois, yang menawarkan keterlihatan yang telus dan terperinci ke dalam urus niaga syarikat, justeru menghalang pengelakan cukai dan kebocoran hasil dengan efektif.

Tambahan pula, e-Invois memudahkan pemantauan aktiviti perniagaan haram dan ekonomi bayangan dengan penjejakan pendapatan dan perbelanjaan pemilik perniagaan dan pekerja.

Dengan pelaksanaan e-Invois juga, pelbagai agensi kerajaan boleh memanfaatkan sistem ini untuk meningkatkan penyiasatan mereka terhadap jejak wang (‘money trail’).

Badan kerajaan yang tekun untuk memerangi pengubahan wang haram (‘money laundering’), pembiayaan terorisme, dan pembiayaan percambahan senjata pemusnah besar-besaran (ML/TF/PF) juga boleh menggunakan e-Invois untuk mendapatkan keterlihatan ke dalam pergerakan wang.

Berikutan kutipan hasil yang telus melalui e-Invois, kerajaan juga telah mengambil langkah untuk memantapkan tadbir urus dalam perbelanjaan bajet.

Sebagai contoh, Belanjawan 2025 telah memperuntukkan RM60 juta untuk memperkasakan badan kehakiman sebagai badan yang bebas, dan RM180 juta untuk memelihara kebebasan institusi Parlimen dengan sebahagian peruntukannya dikhususkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk semak dan imbang.

Bagi menggalakkan syarikat melaksanakan e-Invois menjelang 1 Julai, 2025, kerajaan juga telah mencadangkan pada 18 Okt, 2024 untuk mengurangkan elaun modal permulaan bagi perbelanjaan ICT kepada 20% (daripada 40%), dan meningkatkan elaun modal tahunan untuk perbelanjaan ICT kepada 40% (daripada 20%), dari tahun taksiran 2024 hingga 2025.

Perbelanjaan ICT ini termasuk pembelian peralatan ICT, pakej perisian komputer, yuran perundingan berkaitan, pelesenan, dan bayaran sampingan berkaitan pembangunan perisian secara khusus.

Untuk maklumat lanjut tentang e-Invois AREMA Finexus, lawati https://www.finexusgroup.com/arema/

Artikel ini telah diterbitkan di Malaysia Kini: https://www.malaysiakini.com/announcement/724590

Bahasa Melayu