Finexus Melancarkan AREMA e-Invois sebagai Respons Mandat LHDN

AREMA LHDN e-Invoicing

Semasa ucapan belanjawan terbaharu pada Oktober 2023, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, mendedahkan rancangan untuk pelaksanaan e-Invois secara berperingkat. Rancangan ini merupakan satu lonjakan digital bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai di seluruh Malaysia.

Mandatnya jelas: Syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM100 juta mesti mematuhi perintah baharu ini menjelang 1 Ogos 2024, dan syarikat selebihnya akan mengikuti perintah ini menjelang 2025.

Berikutan dengan kesedaran impak peralihan ini terhadap semua industri, Finexus telah meningkatkan prestasinya dengan respons yang pantas dan strategik. Finexus memperkenalkan penyelesaian e-Invois mereka yang dipanggil AREMA, yang direka untuk menavigasi dengan lancar dan mematuhi e-Invois LHDN secara menyeluruh dari awal hingga akhir.

Finexus menawarkan beberapa model untuk memenuhi keperluan semua industri:

 

Model Enterprise

  • Untuk pelanggan daripada industri Perbankan atau Insurans yang perlu mematuhi kawal selia seperti RMiT serta MNC atau Syarikat yang memerlukan Perkhidmatan Terurus yang serupa
  • Tika (Instance) Tunggal dan Penyewa Tunggal untuk pengasingan data
  • Sokongan 24x7 yang berdedikasi
  • Dihoskan dalam persekitaran terjamin yang mematuhi PCI DSS Tahap 1 dan RMiT

 

Model Premium (Disesuaikan)

  • Untuk syarikat yang memerlukan API (dalam masa nyata) atau Muat Naik Data Kelompok (Batch Upload) Automatik untuk mengintegrasikan Sistem Perakaunan mereka (seperti SAP, ORACLE, Sistem ERP) dengan platform AREMA
  • Perkhidmatan teknikal profesional sedia ada untuk memudahkan integrasi sistem anda dengan AREMA
  • Sokongan Teknikal dan Meja Bantuan (Help Desk) pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 Pagi hingga 6 Petang
  • Dihoskan dalam persekitaran terjamin yang mematuhi PCI DSS Tahap 1 dan RMiT

 

Model Standard (Layanan Diri)

  • Untuk syarikat atau individu yang ingin menggunakan cara swaurus iaitu mereka boleh memasukkan maklumat atau memuatnaikkan Data Kelompok (Batch Upload) secara manual ke Portal AREMA dan memperolehi invois yang disahkan oleh LHDN
  • Sokongan Meja Bantuan (Help Desk) melalui e-mel dengan masa respons dalam 2 hari waktu bekerja

 

Model Peruncitan (Pelanggan 'Walk-In')

  • Untuk Pelanggan ‘Walk-In’ bagi kedai runcit, cawangan, pasar raya, dan restoran makanan dan minimum (F&B)
  • Pelanggan boleh menjana invois mereka yang disahkan LDHN pada bila-bila masa

 

Kelebihan Utama Sistem e-Invois AREMA LHDN

  • Integrasi Selanjar: Perisian tengah (middleware) AREMA boleh menghubungkan sistem perakaunan anda ke Portal LHDN dengan mudah tanpa sebarang pengubahsuaian atau pengubahsuian yang minimum pada sistem anda
  • Kecekapan Kos dan Masa: Penghapusan keperluan untuk meningkatkan system perakaunan anda, lantas menjimatkan masa dan usaha ketara dalam ujian semula (retesting)
  • Tiada Kerumitan: Pengurusan sebarang kemas kini daripada LHDN oleh AREMA secara automatik supaya sistem hos anda tidak akan terganggu
  • Peningkatan Pangkalan Data: Kemudahan untuk memperluas pangkalan data anda untuk menampung sebarang data tambahan yang diwajibkan oleh LHDN
  • Pengurusan Data Automatik: Pengayaan atau Pengisian Data (Populator) Automatik untuk mengemaskinikan pengendalian data anda
  • Penyesuaian Komprehensif: Penjajaran antara Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) atau Sistem Perakaunan anda dengan AREMA dan LHDN
  • Pakar Pengendalian Pengecualian: Pengurusan yang cekap bagi pengecualian operasi untuk proses yang lebih lancar

 

Kenapa Pilih Finexus?

Finexus terserlah sebagai syarikat pelbagai dan dinamik dalam landskap teknologi, khususnya dalam pelaporan kawal selia dan sistem pematuhan pembayaran kawal selia. Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi? Terokai dunia berpotensi dengan Finexus pada https://www.finexusgroup.com/arema/

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Penyelesaian e-Invois LHDN AREMA Finexus, sila hubungi finexusarema_lhdneinvoice_enquiry@finexusgroup.com

 

Visit: https://www.malaysiakini.com/announcement/697597

Bahasa Melayu