Finexus Melancarkan Pelan Ansuran Visa (VIS) BNPL untuk Peniaga

visa bnpl

Finexus Melancarkan Pelan Ansuran Visa (VIS) BNPL untuk Peniaga

Finexus memperkenalkan Pelan Ansuran Visa BNPL baharu untuk para peniaga. Dengan VIS, peniaga Finexus kini boleh menawarkan pelanggan Visa mereka pelan ansuran fleksibel dari tiga bulan hingga tiga tahun dengan pembelian minimum dari RM300 dalam satu transaksi.

Keistimewaan Finexus berbanding pembekal ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) lain boleh dilihat dari aspek-aspek berikut:

  1. Penerimaan Kad Universal: Terminal POS Finexus direka khas untuk menerima semua kad kredit Visa dengan VIS. Ini bermaksud peniaga tidak perlu melabur dalam banyak terminal untuk menerima kad kredit dari pelbagai bank, tetapi hanya perlu melabur dalam satu terminal sahaja. Setakat ini, pemegang kad HSBC Malaysia, AmBank Malaysia dan Standard Chartered Malaysia sudah mula menggunakan VIS dengan kredit kad Visa mereka. Dengan jangkaan lebih banyak bank akan menyertai VIS, prospek peniaga juga akan turut meningkat dengan pengaksesan kumpulan pelanggan yang lebih luas lagi.
  2. Tiada Yuran:Finexus juga menawarkan pengecualian yuran pendaftaran dan pemasangan VIS, yakni sesuatu kelebihan menarik untuk para peniaga sepanjang tempoh pengenalan ini.
  3. Kadar Kompetitif: Kadar Finexus adalah antara kadar yang paling kompetitif dalam industri VIS, lantas memastikan peniaga tidak akan terlepas pelanggan berpotensi bahkan mengoptimumkan pendapatan mereka.
  4. Kelulusan Segera: Dengan kredit pra-lulus daripada bank pengeluar kad kredit VIS, peniaga dapat menyediakan dan menyelesaikan pelan ansuran pelanggan mereka dengan segera pada terminal pembayaran sahaja, tanpa perlu pendaftaran berasingan dengan setiap bank pengeluar kad kredit. Ini akan memperhebatkan lagi pengalaman para peniaga dan para pelanggan.

Finexus kekal berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian pembayaran yang canggih dan memudahkan landskap pembayaran untuk perniagaan. Untuk maklumat lebih lanjut lagi mengenai Pelan Ansuran Visa (VIS) BNPL daripada Finexus, sila layari laman web di https://home.finexuscards.com/merchant-pos-system/ dan hubungi merchant.sales@finexusgroup.com.

Bahasa Melayu