Malaysia berada di landasan yang betul dalam pelaksanaan e-Invois PINT, bersama pemimpin serantau seperti Singapura, Jepun, dan Australia.
Ini adalah langkah yang positif bagi Malaysia kerana sepuluh pasaran eksport terbesarnya antara Januari dan Oktober 2024 merangkumi Singapura dan Jepun.
Khususnya, Singapura mendahului sebagai pasaran eksport terbesar dalam tempoh ini, dengan sumbangan RM190.3 bilion (15.3% daripada jumlah eksport), dan menduduki tempat kedua untuk import dengan RM138.1 bilion (12.1% daripada jumlah import).
Jepun, rakan dagang utama lain dalam tempoh ini, berada di tempat kelima untuk eksport dengan RM69.1 bilion (5.6% daripada jumlah eksport), dan kelima untuk import dengan RM59.5 bilion (5.2% daripada jumlah import).
Sementara itu, Australia, walaupun tidak konsisten berada dalam sepuluh pasaran eksport terbesar, mencapai kedudukan ke-10 pada Oktober 2024 dengan eksport RM4.2 bilion dan import RM2.8 bilion.
Menjejak Ke Arah e-Invois Global
Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finexus, berkata, “Penggunaan ‘Peppol International Invoice’ (PINT) oleh Malaysia akan memposisikan negara kita seiring dengan pemimpin serantau seperti Singapura, Jepun, dan Australia.
“Perkembangan ini signifikan kerana kami dapat meneliti imbangan perdagangan positif sebanyak RM52.2 bilion daripada Singapura dan RM9.6 bilion daripada Jepun antara Januari hingga Oktober 2024. Australia turut menyumbang imbangan perdagangan positif sebanyak RM1.4 bilion dalam bulan Oktober baru-baru ini.”
Beliau menambah, “Maka, dengan penggunaan e-Invois PINT oleh negara-negara serantau ini, kami yakin penggunaan PINT di Malaysia akan merancakkan ekonomi Malaysia lagi, serta memanfaatkan pelanggan e-Invois AREMA kami untuk memperkemaskan perdagangan rentas sempadan mereka dan mencapai globalisasi sebenar.
Finexus menawarkan penyelesaian e-Invois yang komprehensif, termasuk perisian tengah (‘middleware’), laman web untuk MSME, dan sistem runcit yang menjana resit e-Invois dengan kod QR.
Apakah itu Peppol?
Peppol adalah satu set spesifikasi dokumen yang mempiawaikan format dokumen perniagaan, seperti e-Invois. Ini membolehkan perniagaan di pelbagai negara menukar dokumen dalam format yang boleh difahami dan dipiawaikan.
Dokumen-dokumen ini dihantar secara selamat melalui rangkaian terbuka Peppol. Hanya penyedia perkhidmatan yang diiktiraf Peppol seperti Finexus boleh mengakses rangkaian ini. Penyedia ini bertindak sebagai perantara untuk memudahkan pertukaran e-Invois antara penjual dan pembeli dalam negara yang sama atau negara berbeza.
Peppol dicipta oleh OpenPeppol, sebuah organisasi bukan untung yang berpusat di Belgium, yang menyediakan spesifikasi dokumen dan tadbir urus untuk Peppol. Mana-mana organisasi boleh menyertai OpenPeppol.
Di samping itu, pengantaramukaan penyedia e-Invois dengan LHDN dan Peppol adalah dua proses yang berasingan. Penyedia e-Invois yang diluluskan LHDN mungkin tidak disahkan Peppol, dan begitu juga sebaliknya. Finexus, bagaimanapun, telah diiktiraf oleh kedua-dua LHDN dan OpenPeppol masing-masing, sebagai penyedia rasmi.
Apakah itu PINT?
PINT atau “Peppol International Invoice” adalah satu set spesifikasi e-Invois yang dibina berdasarkan “Peppol BIS Billing 3.0”.
“Peppol BIS Billing 3.0” adalah satu set spesifikasi e-Invois yang mematuhi EN 16931, iaitu satu piawaian e-Invois Eropah yang sedang digunakan oleh 27 negara dalam Kesatuan Eropah (EU).
Maka, e-Invois yang mengikuti spesifikasi dokumen PINT boleh dihantar ke semua negara Eropah kerana e-Invois PINT ini mematuhi EN 16931.
Namun, apa yang membezakan PINT daripada “Peppol BIS Billing 3.0” adalah walaupun PINT mematuhi piawaian Eropah EN 16931, ia juga menyediakan struktur untuk memasukkan undang-undang dan peraturan cukai dari negara masing-masing dalam e-Invois.
Apakah itu MY PINT?
Oleh itu, untuk menyesuaikan spesifikasi global PINT dengan keperluan perniagaan Malaysia, MDEC yang berfungsi sebagai Autoriti Peppol untuk Malaysia, telah mencipta MY PINT atau “Malaysia Peppol International Invoice”.
MY PINT memastikan keselarasan dengan piawaian e-Invois global PINT, serta pematuhan undang-undang dan peraturan cukai di Malaysia. Sebagai contoh, dalam MY PINT, VAT atau “Value-added Tax” diadaptasi dengan SST dan TTx Malaysia atau “Sales and Service Tax, and Tourism Tax”.
Penyesuaian ini membolehkan perniagaan Malaysia bertukar e-Invois secara lancar dengan perniagaan di Singapura, Jepun, dan Australia, serta mematuhi undang-undang lokal.
MY PINT kini menyokong kedua-dua proses pengeluaran dan penerimaan invois dan nota kredit untuk pengebilan dan pengebilan sendiri.
Salah satu ciri utama juga ialah e-Invois MY PINT akan menunjukkan ID Peppol alfanumerik sebagai identifikasi global:
- 4 digit pertama: Menunjukkan syarikat atau organisasi Malaysia (iaitu, “0230”).
- 2 digit seterusnya: Menunjukkan jenis syarikat atau organisasi (contohnya, “01” untuk syarikat dengan nombor SSM baru, “02” untuk perusahaan Sabah, “03” untuk perusahaan Sarawak, dll.).
- 12 aksara alfanumerik terakhir: Menunjukkan nombor pendaftaran syarikat atau organisasi.
Bagaimana MY PINT Berfungsi?
Untuk ilustrasi, seorang pembekal Malaysia ingin menghantar e-Invois kepada pelanggan Singapura.
Pembekal Malaysia tersebut boleh berbuat demikian melalui penyedia perkhidmatan yang diiktiraf Peppol pilihan mereka seperti Finexus, sebagai contoh, dengan langkah berikut:
- Penyerahan kepada LHDN: Sebagai penyedia perkhidmatan yang diiktiraf Peppol, Finexus mengekstrak maklumat cukai yang diperlukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari e-Invois yang dihantar oleh pembekal dan menyerahkannya kepada LHDN untuk pengesahan.
- Pengesahan dan Penggabungan: Setelah disahkan oleh LHDN, Finexus menggabungkan e-Invois yang disahkan LHDN (untuk tujuan pelaporan cukai) dengan e-Invoice komersial asal.
- Penghantaran kepada IRAS: Finexus kemudian menghantar e-Invois yang digabungkan, kepada pelanggan di Singapura melalui penyedia perkhidmatan diiktiraf Peppol pilihan mereka. Berikutan itu, penyedia perkhidmatan yang menerima e-Invois pula akan menghantar data e-Invois tersebut kepada ‘Inland Revenue Authority of Singapore’ (IRAS), seumpama LHDN negara kita.
Kesimpulannya
Proses ini memastikan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan cukai Malaysia dan Singapura, sambil melaksanakan e-Invois rentas sempadan yang lancar.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian e-Invois AREMA Finexus, lawati Finexus AREMA.