Finexus memacu peralihan ke ekonomi digital tanpa tunai dengan menyediakan teknologi pembayaran tanpa tunai untuk mesin layan diri Barista Robotik Tao Bin di Selangor dan Pulau Pinang.
Tao Bin – jenama minuman popular dari Thailand dengan jualan 7 juta cawan setiap bulan – adalah satu-satunya mesin layan diri robotik AI di Malaysia yang menawarkan lebih daripada 180 pilihan minuman. Ia menggunakan 100% biji kopi Arabica premium, susu lembu New Zealand asli, dan bekalan airnya sendiri untuk memastikan kebersihan terbaik.
Maka, dengan teknologi pembayaran tanpa tunai yang disediakan oleh Finexus, pelanggan kini boleh menikmati minuman kegemaran Tao Bin mereka dengan mudah di lokasi utama seperti universiti, bank, dan pusat perubatan. Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad Visa, Mastercard, dan MyDebit, serta kod QR DuitNow dan Alipay+.
Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finexus, berkata, “Dengan lebih daripada 20 tahun kepakaran sebagai pemproses pembayaran berakreditasi, kami bangga menyokong pembayaran tanpa tunai untuk Tao Bin, terutamanya apabila pelanggan mesin layan diri didapati berbelanja 55% lebih dengan pembayaran tanpa tunai berbanding tunai.
“Kami juga kekal berdedikasi untuk menyediakan pengalaman pembayaran yang selamat, mantap, dan cekap. Pusat data kami diperakui dengan PCI DSS Tahap 1, Tier III, dan ISO 27001, untuk menjamin keselamatan bergred bank dan melindungi maklumat pembayaran yang sensitif.”
Tao Bin Memperkenalkan Smart Robotic Barista Tanpa Tunai
Tao Bin sering dikenali dengan mesin layan dirinya iaitu “Smart Robotic Barista”. Mesin ini menggabungkan kemudahan dengan pilihan minuman berkualiti tinggi dan format automatik sepenuhnya. Lebih daripada 7,000 mesin Tao Bin telah dipasang di seluruh Thailand, dan kini juga tersedia di Malaysia. Mesin Tao Bin adalah satu-satunya mesin layan diri berkuasa AI di Malaysia yang menawarkan lebih daripada 235 pilihan minuman dengan bahan premium seperti 100% biji kopi Arabica dan air “Reverse Osmosis” (RO) untuk memastikan kualiti dan konsistensi minuman terbaik di semua lokasi.
Moti Uttam, Ketua Pegawai Teknologi dan Operasi Tao Bin Malaysia, berbesar hati dengan kerjasama baharu dengan Finexus, “Kami amat teruja untuk berkolaborasi dengan Finexus untuk memperkenalkan pilihan pembayaran tanpa tunai 100% di semua mesin layan diri Smart Robotic Barista kami untuk pengalaman pelanggan yang lancar dan diperkasakan.”
Beliau turut menekankan aspirasi pertumbuhan syarikat, “Kolaborasi ini hanyalah permulaan. Kami berharap untuk mengembangkan rangkaian kami lagi dan bekerjasama dengan lebih banyak rakan perniagaan di seluruh Malaysia bagi memasang lebih banyak mesin untuk membawa minuman berkualiti tinggi dari mesin layan diri Smart Robotic Barista kami kepada lebih ramai rakyat Malaysia.”
Johnson Fung, Ketua Pegawai Eksekutif Tao Bin Malaysia, juga memfokuskan kelebihan strategik mesin layan diri mereka dengan huraian, “Mesin Tao Bin Smart Robotic Barista direka untuk mengambil ruang minimum — hanya satu meter persegi sahaja — lantas menjadikannya ideal untuk kawasan bertrafik tinggi seperti pejabat, kawasan perumahan, hab pengangkutan, kilang, pusat beli-belah, dan hotel. Jejaknya yang padat memastikan ia dapat disesuaikan dengan pelbagai persekitaran serta memberi perkhidmatan terbaik 24 jam setiap hari.
Trend Mesin Penjual Automatik Global Berbanding Malaysia
Seiring dengan trend global mesin layan diri yang semakin meningkat, pasaran mesin layan diri di Malaysia juga dijangka berkembang pesat dari tahun 2023 hingga 2029. Pertumbuhan ini paling jelas dalam segmen makanan dan minuman (F&B), diikuti oleh keperluan harian.
Faktor utama yang merancakkan pertumbuhan mesin F&B di Malaysia termasuk peningkatan kegemaran untuk makanan segera, ketersediaan 24/7, dan kemudahan akses tanpa perlu bersesak di kedai.
Dari segi kaedah pembayaran, pasaran mesin layan diri global telah menyaksikan peralihan besar ke arah pembayaran tanpa tunai, dengan sekitar 67% pembelian pada tahun 2022 dibuat dengan pembayaran tanpa tunai.
Sejalan dengan trend ini, banyak pengendali mesin layan diri di Malaysia turut mengadopsi mesin tanpa tunai dan tanpa sentuh, terutama didorong oleh perubahan tingkah laku pelanggan pasca pandemik.
Pada masa depan, inovasi pintar seperti pemperibadian berasaskan AI, pengurusan inventori masa nyata, dan reka bentuk mesra alam dijangka akan merevolusikan pasaran mesin layan diri di Malaysia.
Kerajaan Malaysia juga turut mengikuti trend ini dengan menetapkan sasaran tinggi untuk memperoleh 5,000 mesin layan diri untuk mencipta peluang menjana pendapatan, dengan 100 mesin telah beroperasi setakat Julai tahun lepas.
Finexus dan Tao Bin Membayangkan Masyarakat Tanpa Tunai
Kerjasama ini menekankan komitmen bersama Finexus dan Tao Bin dalam memajukan masyarakat tanpa tunai sepenuhnya untuk perniagaan dan pengguna.
Clement Loh berkata, “Dengan profesional teknologi yang berkemahiran seramai 400 orang, kami bangga menyokong inovasi pembayaran pelanggan kami. Sebagai komitmen, kami juga telah memasang mesin layan diri Smart Robotic Barista Tao Bin di pejabat kami untuk menjalankan ujian menyeluruh oleh kakitangan kami sebelum pelancaran ke pasaran.”
Untuk maklumat lanjut, lawati laman Finexus dan Tao Bin Malaysia.