Finexus Menyelesaikan Isu e-Invois untuk PKSM

malaysia kini msme article

Perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PKSM) mewakili 96.9% daripada semua perniagaan di Malaysia pada tahun 2023. Daripada 1,101,725 PKSM, sebanyak 69.7% adalah perniagaan bersaiz mikro, lantas menekankan peranan kritikal mereka sebagai pemacu utama dalam ekonomi Malaysia.

Walaupun terdapat pertumbuhan tahun ke tahun yang positif pada 2023 — di mana PKSM menyumbang 39.1% kepada ekonomi, 12.2% kepada eksport, dan 48.5% kepada pekerjaan — mereka masih tercabar untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ini. Cabaran ini termasuk batasan dalam sektor kewangan dan ketidakmampuan untuk berkembang menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Meskipun Bajet 2024 telah memperuntukkan RM44 bilion untuk kemudahan pinjaman dan pembiayaan bagi PKSM, ramai masih menghadapi kesukaran mendapatkan kelulusan disebabkan laporan kewangan yang tidak lengkap. Kekurangan dalam dokumentasi kewangan ini juga menyukarkan dan mengehadkan pengagihan dana oleh agensi pengeluaran, yang mungkin menjelaskan penurunan bilangan perusahaan bersaiz mikro daripada 923,667 pada 2022 kepada 767,421 pada 2023. Sebaliknya, perusahaan bersaiz kecil dan sederhana mencatatkan peningkatan sebanyak 35.8% dan 7.9% masing-masing, mungkin disebabkan akses yang lebih baik untuk pinjaman dan pembiayaan melalui laporan kewangan yang mencukupi.

Oleh itu, pengenalan e-Invois dapat membantu mengatasi jurang dalam laporan kewangan ini, terutamanya untuk perusahaan bersaiz mikro, dengan menyediakan rekod pendapatan perniagaan yang lebih jelas dan seterusnya memudahkan pinjaman dan pembiayaaan.

Tambahan pula, walaupun PKSM yang berpendapatan kurang daripada RM150,000 setahun tidak diwajibkan untuk mengeluarkan e-Invois kepada pelanggan, SAMENTA berkongsi bahawa mereka yang terlibat dalam rantaian bekalan syarikat besar masih menghadapi tekanan untuk mengeluarkan e-Invois bagi melengkapkan proses kawalan transaksi berterusan (‘continuous transaction control’) atau berisiko untuk dinyahsenarai sebagai vendor. Dalam erti kata lain, tiada perniagaan boleh dikecualikan sepenuhnya daripada e-Invois untuk kekal kompetitif dalam pasaran, terutamanya apabila PKSM bersaiz mikro ini berkembang dan memasuki kategori pendapatan melebihi RM150,000.

Untuk mengatasi cabaran ini, kerajaan telah memperkenalkan tempoh pelepasan sementara dari 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2025 untuk syarikat beralih secara beransur-ansur ke e-Invois. Tempoh ini juga memberikan PKSM masa untuk mengenal pasti penyedia e-Invois yang memenuhi kriteria berikut:

  1. Mudah dan Murah: Penyelesaian ini mesti dapat disepadukan dengan lancar ke dalam operasi harian, terutamanya untuk PKSM runcit yang melayani pelanggan ‘walk-in’. Penyelesaian ideal adalah sistem POS dengan kemampuan e-Invois terbina dalam, lalu menghapuskan keperluan untuk peranti e-Invois tambahan. Finexus menawarkan penyelesaian POS merangkap e-Invois yang komprehensif termasuk gerbang pembayaran, papan berdiri DuitNow QR, EDC, mini POS, kotak bunyi QR, dan mesin layan diri.
  2. Patuh: Penyelesaian ini perlu mempunyai pengesahan automatik untuk memastikan 100% pematuhan kepada peraturan e-Invois LHDN, seterusnya mencegah penalti dan denda yang berat. POS Finexus tidak akan menjana e-Invois sehingga semua maklumat yang diperlukan disediakan dengan tepat lalu mengurangkan risiko ketidakpatuhan — satu kebimbangan utama 56% PKSM baru-baru ini. Penalti untuk ketidakpatuhan adalah denda antara RM200 hingga RM20,000 dan/atau penjara sehingga enam bulan.
  3. Cekap: Penyelesaian ini mesti mampu mengendali banyak pelanggan ‘walk-in’ tanpa menyebabkan kelewatan dalam barisan. Aplikasi POS Finexus boleh menjana kod QR e-Invois dinamik selepas pembayaran supaya pelanggan boleh mengimbas QR dan memasuki butiran secara peribadi pada laman web atau aplikasi Finexus, bila-bila masa. Butiran yang diperlukan daripada pelanggan untuk menjana e-Invois termasuk nombor pengenalan diri (misalnya, Kad Pengenalan, Pasport, BRN, Nombor Tentera), nama, nombor pengenalan cukai (untuk rakyat Malaysia), alamat kediaman, dan nombor telefon.
  4. Mesra Pengguna: Penyelesaian ini harus mesra pengguna terutamanya untuk peniaga warga emas atau kurang mahir teknologi. Idealnya, sistem POS ini harus dimuatkan terlebih dahulu dengan maklumat e-Invois peniaga yang diwajibkan oleh LHDN (seperti kod klasifikasi peniaga, butiran produk, harga unit, dan tandatangan) untuk mengeluarkan e-Invois. POS Finexus menawarkan ciri pra-muat ini dengan menu kategori produk yang intuitif untuk peniaga memilih pesanan pelanggan dengan cepat bagi menjana e-Invois. Selain itu, Finexus juga membolehkan akses terhad untuk maklumat e-Invois mengikuti cawangan dan syarikat PKSM.
  5. Selamat: Penyelesaian ini mesti melindungi maklumat pelanggan daripada pencerobohan data. Finexus mengendalikan dua pusat data milik penuh di Kuala Lumpur dan Cyberjaya. Keselamatan yang ditawarkan Finexus adalah setara dengan keselamatan bergred bank untuk menyimpan data e-Invois pelanggan selama tujuh tahun. Pusat data ini juga diakreditasi oleh piawaian global, termasuk PCI DSS Tahap 1, Tier III, dan ISO 27001.  

“Walaupun 78% PKSM menyatakan mereka kurang daripada 50% bersedia untuk pelaksanaan e-Invois, kami bersedia untuk menangani kebimbangan ini dengan penyelesaian POS kami yang mudah, berpatutan, dan selamat dengan kemampuan e-Invois untuk pelanggan ‘walk-in’.  

“Selain itu, kami juga boleh mendayakan penyedia penyelesaian POS dan e-Dagang di Malaysia untuk menawarkan ciri e-Invois ini untuk pelanggan mereka juga, lantas membolehkan pendigitalan e-Invois yang lebih hebat untuk semua PKSM di Malaysia,” kata Clement Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Finexus.  

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian e-Invois Finexus untuk PKSM, lawati https://www.finexusgroup.com/arema/  

Artikel ini telah diterbitkan di Malaysia Kini: https://www.malaysiakini.com/announcement/718107

Bahasa Melayu